Dah lama tak tulis coz busy sket.. Isu hangat masa kini.. Indonesia Vs. Malaysia.. Semua pihak membincangkannya.. Kat blog sana sini.. So I want to contribute to that too..
Tapi kenapa? Dah lama isu ni bermula.. Cuma tak diambil kisah oleh warga Malaysia.. We have other internal issues to focus on.. (*More important issues daripada isu yang remeh temeh ni).. Tetapi di Indonesia sebaliknya berlaku.. Kebencian mereka terhadap Malaysia semakin menjadi-jadi.. Kenapa bencikan mereka? Mereka kata kita pencuri.. Curi ape? Budaya, Bahasa, dan lain-lain..
Susah nak jawab balik serangan mereka kerana tidak dinafikan memang terdapat diantara kita yang dahulu nenek moyang berasal daripada Indonesia.. Jadi secara teknikalnya sebilangan rakyat Malaysia berkongsi nenek moyang dengan rakyat Indonesia.. Jadi semestinya akan terdapat persamaan dalam budaya, bahasa, etc.. Kita tidak boleh lari daripada fakta itu.. dan mereka tidak boleh menghalang kita daripada mengamalkan budaya dan cara hidup yang seakan-akan sama dengan mereka.. This is just who we are.. They just have to accept it whether they like it or not..
Daripada pemerhatian, saya amat kagum dengan semangat patrioritik mereka yang tinggi.. Kebebasan mereka untuk bersuara berkenaan apa-apa isu yang dihadapi.. tetapi sayangnya mereka juga sangat-sangat la emosional.. Mereka dengan slogan 'ganyang malaysia', membakar jalur gemilang, merusuh sana sini dan bersemangat seperti mahu berperang.. Perang? Perlukah?
Tetapi diharap janganlah perkara ni di perbesar2 kan sehingga tercetusnya peperangan.. Tidakkah kita pelajari tentang keburukkan pergaduhan dan peperangan daripada Israel, Palestin, Afghanistan dan lain2.. Semua masalah ada jalan penyelesaiannya.. Semua boleh dirunding.. Yang paling penting media Indonesia tidak bertindak mengapi-apikan rakyat mereka.. Seperti media Malaysia, perkara-perkara sensitif seperti ini tidak diperbesar-besarkan.. Jadi, rakyat kita di sini tidak terasa sangat bahang kebencian warga Indonesia terhadap dan possibilities untuk bertindak secara emosional itu dapat dikurangkan..
NO WAR!! NO HATRED!! LET'S LIVE IN PEACE!!
3 weeks ago